JABATAN HAL EHWAL PELAJAR INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2007

Jabatan Hal Ehwal Pelajar | Album | Kemudahan Institut | Aktiviti Pelatih | Maklumat Konvokesyen IPKS | Borang Perjanjian | Unit Kebajikan | Unit Perkembangan dan Kuanseling | Unit Kediaman | Struktur Organisasi JHEP | Unit pendaftaran dan Disiplin | Maklumat Pelajar Baru 2007

1. DOKUMEN ASAL
    a. Sijil SPM/SPMV
    b. Ijazah Pertama / Sarjana
    c. Surat pengikhtirafan JPA bagi graduan luar
        negara dan swasta.
    d. Terjemahan sijil bagi sijil dalam bahasa selain 
        dari Bahasa Melayu / Inggeris
    e. Sijil lahir
    f. Kad Pengenalan
 
2. SALINAN DOKUMEN
     Sila bawa lapan salinan sijil/dokumen di atas yang
     telah disahkan oleh pegawai yang berkelayakan
     sahaja. Sijil -sijil penyertaan aktiviti atau
     penghargaan TIDAK perlu dibuat salinan.
 
3. YURAN PENDAFTARAN
     Sebanyak RM300.00 tunai perlu dibayar semasa
     mendaftar  bagi tujuan berikut:
     a. Wang pengurusan
     b. Insurans kelompok
     c. T'shirt sukan dan baju Bina Insan Guru
     d. Topi dan tali leher ( L)
     e. Skaf ( P ) , track suit dan beg kuliah
 
4. PAKAIAN SEMASA MENDAFTAR
    Lelaki : pakaian kemeja dan bertali leher, kasut
                 hitam rasmi
    Perempuan : Sopan dan berkasut hitam ( bertutup
                            penuh ; court shoes ) bertumit lebar
                            tidak melebihi 2 inci . Kasut berfesyen
                            dan bertali tidak dibenarkan .
Semasa minggu pengurusan pelajar baru , semua pelatih perempuan dikehendaki memakai baju kurung putih dan berkain panjang hitam , manakala lelaki pula baju kemeja putih dan berseluar panjang gelap( hitam)
 
5. PAKAIAN YANG DILARANG
    Pakaian jeans TIDAK dibenarkan dipakai semasa
    berada di kawasan institut semasa waktu rasmi
    atau semasa aktiviti institut.
 
6. PAKAIAN RASMI PELATIH INSTITUT ( KULIAH )
     Lelaki
     a. Kemeja t dan bertali leher
     b. Seluar panjang
     c. Pakaian baju melayu , bersamping dan
         bersongkok pada hari Jumaat bagi yang muslim
         sahaja
     d. Kasut hitam rasmi
     Perempuan
     a. Pakaian sopan ( baju kurung )
     b. Pakaian skirt mestilah melepasi separuh betis
     c. Pakaian baju tanpa lengan adalah dilarang
     d. Kasut hitam bertutup dan bertumit lebar
 
7. PAKAIAN GERKO
Semua pelatih wajib mengikuti aktiviti sukan permainan , olahraga dan unit beruniform dan memakai pakaian dan kasut  yang sesuai untuk tujuan tersebut.
 
8. CALON PEREMPUAN YANG TELAH BERKAHWIN
Dikehendaki mendapatkan pengesahan doktor bahawa anda tidak mengandung semasa mendaftar . Sekiranya anda memalsukan maklumat anda akan diambil tindakan membayar balik seluruh biasiswa tersebut kepada kerajaan Malaysia.
 
9. AKAUN BANK
Semua calon dikehendaki membuka akaun BANK SIMPANAN NASIONAL  untuk tujuan pembayaran elaun bulanan. Walaubagaimanapun sekiranya tidak sempat berbuat demikian pihak institut akan mengatur masa yang sesuai untuk tujuan tersebut.
 
10. PEMERIKSAAN KESIHATAN
Semua calon dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kerajaan sahaja ( dibuat lima ( 5)  salinan  dan disahkan benar )
 
11. BAKAL PELATIH  YANG SAKIT
Bagi pelatih yang telah diluluskan oleh doktor semasa membuat pemeriksaan kesihatan sebagai kategori mempunyai masalah kesihatan tapi boleh dilantik PERLU mendapat pengesahan doktor pakar untuk membolehkan ianya didaftar sebagai pelatih Institut Perguruan Keningau Sabah.
 
12. PELATIH YANG MENOLAK TAWARAN
Sila berhubung dengan pihak institut dan memaklumkan berkenaan  penolakan tawaran tersebut dengan segera. Kerjasama anda sangat kami hargai .
 
13. GAMBAR PASSPORT
Semua pelatih baru dikehendaki menyediakan gambar warna berukuran passport sebanyak 14 keping semasa mendaftar . Gambar yang disediakan mestilah gambar anda yang terkini .

img_1495.jpg
Pelatih baru semasa pendaftaran pada 5 Feb 2007

Semua calon  yang berjaya ditawarkan untuk mengikuti kursus perguruan di Institut Perguruan Keningau Sabah , dikehendaki menghubungi IPKS untuk mendapatkan semua maklumat dan keperluan pendaftaran sebelum datang mendaftar ke IPKS.
No.Tel : 087-331444 dan Faks : 087-331817

Enter supporting content here